Guru SK Kebagu menyerlah di pertandingan Catur


Tahniah cikgu Mohamad Yusop dari SK Kebagu. Permainan atur, antara permainan yang popular di seluruh dunia kerana menggabungkan seni dan sains. Kemahiran berfikir secara kritikal, menyebabkan catur dilihat sebagai perang abstrak dalam permainan.

Menguji minda dan meningkatkan keupayaan antara aspek penting yang ditekankan dalam aspek pembelajaran dan catur. Terdapat pelbagai variasi permainan catur dimainkan di seluruh dunia antaranya shogi di Jepun, janggi di Korea, xiangqi di China dan banyak lagi. Walaupun permaianan catur dianggap sukar bagi sesetengah orang, jika bersungguh-sungguh tiada masalah untuk mempelajari tekniknya.

Secara jelasnya, catur permainan berpapan berstrategi abstrak untuk dua pemain. Ia dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan dengan papan.

Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan. Setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.

Sumber info : http://planetcatur.blogspot.com/2009/02/pengenalan-permainan-catur_25.html 

Comments

Popular posts from this blog

Bilik Guru Berwajah Baru

Gambar Bangunan SK Kebagu 2018